Selamat Membaca :)

Tips isi UPU

hmmm tetiba terfikir nak share tips aku untuk isi UPU
almaklumlah sekarang musim lepasan SPM nak apply UPU kan. so hope dapat membantu sedikit sebanyak


ini cara aku isi UPU time lepas SPM dulu *untuk bahagian pilihan program pengajian*


1. UTM - Diploma Kejuruteraan Awam
2. UMP - Diploma Kejuruteraan Awam
3. UITM - Diploma Kejuruteraan Awam
4. UITM - Diploma Kejuruteraan Awam (Pembinaan)
5. UITM - Diploma Kejuruteraan Awam (Khimat Bangunan & Penyelenggaraan)
6. UTHM - Diploma Kejuruteraan Awam
7. PUO - Diploma Kejuruteraan Awam
8. PSI - Diploma Kejuruteraan Awam



and Alhamdulillah aku dah selamat tamatkan pengajian Diploma aku dekat UMP dengan lancarnya.

okay kalau perasan, 1 sampai 8 tu semua course sama je aku letak. kenapa ? okay actually kita boleh check result kita layak untuk mohon course apa dekat setiap ipta dekat sini . kalau dulu imascu tapi sekarang dekat sini . just fill in apa yang dia nak then check lah course apa yang korang layak mintak dekat each ipta tu. kalau hijau means boleh la kalau merah faham faham la.

aku pun check guna result SPM aku dulu dan Alhamdulillah masa tu hijau lah untuk aku mohon course Diploma Kejuruteraan Awam ni and aku yakin la sebab tu aku letak 1 hingga 8 tu sama je cuma Universiti je lain lain tu pun sebab takboleh sama. hahaha


so kesimpulannya, fikir apa yang korang minat, apa yang korang nak jadi and apa yang korang nak belajar, then check, if layak mohon yang tu je. takdelah orang UPU pening nanti.

kenapa pening ? okay tengok bawah eh aku tunjukkan ada certain orang apply pilihan program dia



1. UTM - Diploma Kejuruteraan Awam
2. UMP - Diploma Sains Komputer
3. UPSI - Diploma Sains
4. UITM - Diploma Ukur Bahan
5. UMP - Diploma Kejuruteraan Mekanikal
6. UITM - Asasi Tesl
7. UITM - Diploma Seni Grafik
8. UMP - Diploma Kejuruteraan Kimia


Hah tak rasa ke nanti orang UPU ni pening nanti fikir "budak ni nak apa sebenarnya" HHAHAHA.
Kalau buat macam ni kan macam pendirian korang tak tetap sebenarnya, nak jadi apa ni ? nak belajar apa ? 

bukan tak boleh, boleh. tapi kira macam nasib je la nanti korang dapat apa. kalau tak kisah takpe ?  hehehe

sebab tak semestinya pilihan number 1 tu yang kita dapat . 


*sekali lagi nak ingatkan ini tips aku untuk isi UPU bagi lepasan SPM . so hope dapat membantu . so chill fikir fikir kan lah . tarikh UPU nak tutup dah ni 6hb April kalau tak silap. so GOODLUCK !!


"plan your future ahead"

















No comments:

Post a Comment