Selamat Membaca :)

M . I . N . D . S

assalamualaikum & hello everyone ! haha , lama gilagilagilagila tak update blog kan ?? almaklum lah dah jadi mahasiswi ni agak busy sedikit . tambahan pula baru selesai menjalani M.I.N.D.S . ha ? ape tu ?? ape bende tu ??
M.I.N.D.S = Minggu Induksi Siswa ( anjuran UMP sahaja ) 
kira macam minggu orientasi la , tapi dekat UMP panggil M.I.N.D.S :)

tempoh dia lebih kurang seminggu la daripada 2 - 8 sept. 2012 .macam2 lah pengalaman , perasaan yang uda dapat daripada MINDS ni . kat sini uda nak share la story2 & gambar2 yang ada :)

firstly nak cerita , kiteorang selama 1 minggu kena berjalan kaki daripada kolej kediaman ke kompleks sukan. ulang alik . agak jauh laa , agak penat dan berpeluh dengan sesak orang ramai . nak makan apetah lagi . berebut rebut
ni gambar waktu kiteorang berjalan2 . haha


setiap mahasiswa  &  mahasiswi diberikan baju rasmi MINDS tau , tapi uda tak rasa excited langsung dapat baju tu . sebab dapat size DOUBLE XL . gila ! size S pon dah besar ni apetah lagi XXL . ni semua kes tak pergi & ambik baju lambat . sadis gilaa

lihatlah gambar kami berbaju besar !!


dah nama orientasi mestilah rushing sikit kan , dengan tak boleh naik bilik nye . akhirnya masjid menjadi pilihan untuk berehat . lihatlah para sisiwi bergelimpangan ketika di dalam masjid . macam mangsa banjir dah tengok .

ni gambar swaktu kami menghadiri sesi taklimat akademik . ni geng2 CIVIL ENGINEERING lah ni :)


 minggu MINDS ni dirasmikan oleh Menteri Besar Pahang Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Adnan Bin Yaakob . dan ada juga kejutan untuk kami semua apabila Timbalan Menteri Pelajaran Menteri Saifudin Abdullah tiba2 datang untuk beramah mesra dengan mahasiswa baru UMP . siap bagi num phone dia lagi tau -_-



ni pulak gambar sewaktu slot LDK ( Latiha Dalam Kumpulan ) di mana setiap group dikehendaki membangunkan pulau impian masing2 dengan budjet yang diperuntukkan .


ni pulak time muslimah2 sejati UMP menunaikan solat fardhu Zohor secara berjemaah di kompleks sukan . lelaki takde , pergi sembahyang jumaat -_-


tak lupa juga ada slot Bicara Merdeka . almaklumlah Merdeka baru je lagi kan . ni gambar sewaktu lagu Jalur Gemilang dan 1 Malaysia dimainkan . semangat gila UMP ians .



tak lengkap la orientasi kalau takde malam kebudayaan dan kesenian kan ? ni wajah2 excited menunggu persembahan di malam kebudayaan lah . haha , fun gila -_-


yang special nye para FASILITATOR dekat UMP ni , diorang dengan semangat nye menyediakan REFRESHMENT sebanyak mungkin untuk kami semua . memang sporting gila . habis menari joget - joget lagu india , melayu , english . KOREA pun ada tauu . huhuu



di samping tu , ada juga slot derma darah untuk sesiapa yang nak derma darah . lihatlh dermawan2 darah UMP .




 sebelum derma kenalah test darah dulu kan nak tau kumpulan darah apa . ni lah darah2 yang di uji .


selesai sahaja MINDS sesi 2012 bagi pengambilan pelajar diploma dan ijazah sesi 2012 -_-

erti doa diantara dua sujud :)

hai assalamualaikum kawan2 sekalian . sihat ? apa khabar ? harap sihat2 belaka lah kan ?
korang yang beragama islam , mesti pernah sembahyang kan ? ehhh apelah uda ni , mestilah , sembahyang tu kan rukun islam ke 2 . wajib buat :) hihii

tapi korang mesti pernah sembahyang laju - laju gila kan . nak cepat punya pasal . tu lah orang kata , buat kerja yang melalaikan ber jam jam pun takpe , tapi untuk khusyuk bersolat 5 minit pun tak boleh . mesti ada diantara korang yang baca ayat2 dalam solat tu laju gila , tajwid entah kemana mana kan ? sebab korang tak faham pun apa yang korang baca tu kan ?

ini hari uda nak share dengan korang makna bacaan di antara 2 sujud yang korang baca hari - hari tu



betapa mendalam nya maksud nya bagi kita kan ? semua tu apa yang kita ingin pinta daripada ALLAH SWT . so dah tau makna ayat ni , baca lah dengan khusyuk dan ikhlas . insyaallah doa kita itu akan termakbul ,
ni baru doa ketika diantara 2 sujud . betapa besarnya hikmah apabila kita bersolat .
jadi JANGAN TINGGAL SOLAT YE KAWAN - KAWAN :)

cheer hang out :)

hai assalamualaikum n selamat sejahtera semua . entry kali ni uda nak cerita cerita dengan korang pengalaman uda hang out dengan rakan - rakan baru di UMP :) trip kami ni 2 bilik tau , so total 8 orang . 1stly kitaorang plan nak pergi berbuka puasa dekat padang MPK , KUANTAN . yelahh kan ramai bersesak sesak berbuka situ . nak try lah kan dengan kawan2 .

so apa lagi kami sewa kereta dah terus menuju kesana ;p
sampai2 ya rabbi parking jangan katelah memang susah lah kan , kebetulan kami tiba lewat . last2 dapat jugak parking then ronda2 dekat bazar mencari cari juadah berbuka. n cari port dekat tengah padang untuk berbuka.



ni je laa juadah kami berbuka , nasi kukus + bubur lambuk + kek batik + kuih cara + air kelapa + soya + tembikai . serba sederhana . yelahh tak baik membazir kan :p

MAKAN MAKAN MAKAN !



sape nak ayam ?? nahhhh , bukak mulut . haha 


ni pulak photo roommate uda . cantik kan mereka :) NISA , IDA , QILA
waktu ni roommate sebelah iaitu ARI , DIELA , CHEPA , ILI tak tahu kemana dah . terpisah :'( last2 kami bertemu di masjid sewaktu menunaikan sembahyang maghrib .

selepas tu kami bergerak ke TC ( teluk cempedak ) punya lah taknak balik lagi . sebenarnya nak menghabiskan masa waktu sewa kereta roommate sebelah . 





















inilah antara gambar - gambar kami sewaktu melepak lepak di TC . haha . takde keje betul kan ? 

* MAAF GAMBAR KABUR DAN TIDAK SESUAI UNTUK DIPERTONTONKAN . malas nak edit :) hehe

pastu dah bosan ingat kan nak pergi cau tempat lain . tetiba tanpa dijangka seperti MALANG TIDAK BERBAU kereta mereka kehabisan bateri akibat lupa tutup lampu :-/ nasib baik kami tidak cuai . fikir punya fikir call semua orang nak pinjam jumper . ada yang respon ada yang tidak . orang yang lalu lalang seperti tak nampak apa2 pun . bagus kan ?? akhirnya datang sekumpulan uncle2 chinese yang baik hati untuk membantu kami menolak dan start kereta . nak harapkan si gadis2 seperti kami ni memang tak boleh harap lah kan . 





begini lah situasi nya :) macam tak cuak pun semua , lagi kecoh gelak2 ada . 
lepas dah boleh start tu , ape lagi , terus menuju balik ke UMP lah :)

ape ape pun seronok hang out dengan korang :)


MORAL OF THE STORY 
 - jangan keluar malam bagi kawan2 perempuan uda semua ok . tak elok dan susah apabila ditimpa musibah
 - pastikan ada ilmu sedikit tentang kereta apabila memandu atau menaiki kenderaan.
 - jangan melantak banyak sangat sewaktu berbuka puasa.
 - jangan lupa untuk menunaikan tanggungjawab anda kepada ALLAH SWT walaupun sedang bersenang senang dengan kawan2 .

khusyuk dalam berdoa ;)

Assalamualaikum semua . apa khabar ? sihat ke tak ? puasa ke tak ? ALHAMDULILLAH :)

eh jap jap , klik sini dulu . hihi

nampak tajuk atas tu ? ha mesti korang semua pernah mengalami situasi dimana tak khusyuk dalam berdoa . nak cepat je kan . n kadang2 tu malas nak berdoa langsung kan .

' ORANG YANG TAK NAK BERDOA KEPADA ALLAH MERUPAKAN ORANG YANG SOMBONG DENGAN ALLAH '


so uda nak kongsi beberapa tips untuk kita lebih khusyuk dalam berdoa supaya doa kita lebih berkat n makbul :)


isteri separuh masa :)

isteri ? ape isteri2 ni ? uda dah kawin ke ? haha , belum lah . muda lagi :)
ni haaa tajuk novel lah . uda baru habis khatam novel ni


bagi pengetahuan korang semua . uda ni bukan lah seorang kaki novel ataupun pembaca novel yang setia . tapi entah tak tahu macam mana bosan kot boleh terhabis baca novel ni . 
novel ni bertajuk ISTERI SEPARUH MASA yang ditulis oleh SURI RYANA . 
hurrmmm , biasa2 je kot cerita dia tapi ada sweet2 jugak lah . 
meh uda cerita sinopsis dia serba sikit dekat korang :)

Medina Izwani ni merupakan adik angkat kepada Nazrin Shah . keluarga Nazrin Shah ni mengambil Wani ni jadi anak angkat sebab diorang takde anak perempuan . mereka tak membeza kan kasih sayang antara Nazrin dan Wani ni . tapi Nazrin ni benci sangat kat Wani sebab dia fikir Wani ni merupakan punca batal nye perkahwinan antara dia dan Zita . Nazrin fikir Wani memfitnah Zita berlaku curang . Nenek Nazrin ni minta supaya Nazrin dan Wani ni kahwin . demi menjaga hati nenek mereka , mereka pun berkahwin dah berlakon mesra2 depan family diorang . tapi Wani ni menyimpan perasaan cinta dekat Nazrin ni dalam diam . perasaan Nazrin makin lama makin berubah terhadap Wani seiring dengan perlakuan Zita terhadapnya . tapi sewaktu mereka mula mahu mengecapi kebahagiaan rumah tangga , muncul kekasih lama Wani yang misteri . misteri apa ? siapa ? kenapa mereka disuruh berkahwin ? bagaimana akhirnya ? teeettttttttttt

haaa , tu semua korang akan tau bila baca novel ni . hahaha . baca sendiri lah ye ? bagi yang dah baca tu  . ssyyyhhhhhhhh !! :)

senggugut !!!

korang2 , klik sini , sini , sini dan sini dulu :)


ehh , kenapa muka buruk sangat tu ?? haa tu lah wajah perempuan yang tengah senggugut . hihi tapi atas ni macam gambar tengah sakit gigi je :P

haaa , korang korang puasa ke tak ni ?? ha ?! ohh cuti ehh ? biasa lah tu , perempuan memang ada cuti puasa . tapi nanti kena ganti balik tau . jangan buat2 lupa 

SENGGUGUT . apa itu senggugut ?? senggugut adalah sakit perut yang dialami oleh wanita sewaktu haid . untuk lebih lanjut boleh baca kat sini .

korang mesti tension kan kalau senggugut , ye lah , moody je , nak buat tu susah , nak buat ni susah . tapi tak semua perempuan ada masalah ni . sesetengah je . 

jadi untuk mehilangkan sakit senggugut tu , uda ada beberapa tips yang boleh kita amalkan .

antaranya ..

1. cuba bertenang . duduk diam2 , rilekss ..
2. bersenam . selain mengurangkan sakit , dapat juga kita megeluarkan peluh bagi kesihatan kita :)
3. tidur , dapatkan tidur yang cukup .
4. mandi air panas . fuhhhh , best gilaa
5. minum air halia , yeekkksssss
6. urut2 di bahagian perut , belakang dan pinggang bagi merehatkan bahagian tersebut .
7. ambil pil tahan sakit ( tidak digalakkan )
8. minum air kurma merah .
9. kurangkan minum minuman yang berais .
10. makan makanan yang mengandungi vitamin B1 ( kekacang , daging )

 jadi , mulakan hari kita dengan gembira selepas ni :)

Giveaway Rahmatnnya Ramadhan by Musical Xiao


salam :) hari ni uda join satu GA 
tajuk nye , korang boleh tengok kat bawah 


ha ? ape ? nak join jugak ? okay okay , korang boleh pergi sini  :)
hadiah2 dia best jugak tau , ajak kawan2 skali join , lambat lagi tarikh tutup . huhu

 APA ISTIMEWANYA  RAMADHAN ???? ( bagi uda )

1. first time sambut ramadhan dekat UMP !! biasa dekat rumah je :)

2. berkesempatan berbuka ramai2 dekat masjid dengan kawan2 .

3. first time dapat makan nasi talam !!

4. pintu neraka ditutup !!

5. syaitan2 di ikat !

6. dapat kumpul banyak pahala :)

7. banyak peluang untuk beribadah kepada ALLAH SWT .

8. pergi solat terawih ( mengeratkan silaturrahim )

9. malam lailatulqaddar :)

10 . dapat menyihatkan tubuh badan dengan berpuasa :)

SELAMAT BERPUASA YA SEMUA :)

jangan membazir !!

assalamualaikum n salam sejahtera semua , hari ni uda nak membebel pasal membazir pulak . tapi sebelum tu korang cuba tengok ni :) hehe , membazir ,korang sendiri pun tau maksud membazir tu apa kan ? confirm semua tau sebab kita semua pun selalu membazir kan . tapi tak selalu ye . tak kira lah membazir makanan , duit , barang2 atau apa sahaja . semua tu adalah satu perkara yang tidak elok . tapi uda khususkan di sini pasal pembaziran makanan lah . memandangkan sekarang ni bulan puasa .

kita semua pun tau yang membazir tu merupakan amalan syaitan . so kenapa kita nak ikut amalan syaitan pulak ??!!

di bulan yang mulia ni mesti ramai yang membazir kan ? beli makanan banyak2 dekat bazar pastu tak muat perut nak isi . hahaha , last2 campak dalam tong sampah . cube tengok gambar kat bawah ni


Photo: Jangan membazir di bulan puasa

Anak ini mengheret dan cuba mengejutkan ibunya yg telah meninggal dunia akibat kebuluran makanan..

Jangan membazir di bulan puasa ini,bersyukur dengan apa yang ada,kerana hamba Allah di Somalia langsung tiada apa untuk dimakan.

Seorang imam Arab Saudi menangis apabila ditanya soalan oleh seorang mangsa kebuluran Somalia

"Tuan,adakah sah puasa kami jika kami tidak berbuka dan bersahur? "

Share gambar ni jika anda peduli

Main FB jgn sampai lupa kerja dan tanggungjawab :-)

ni gambar si anak yang berusaha mengejut dan mengheret ibunya yang sudah meninggal kerana kebuluran .

alangkah beruntungnya kita hidup dalam keadaan yang masih mampu mendapatkan makanan yang secukupnya . jadi makanan tu jangan lah buang2 , beli secukupnya sahaja .

kalau ada juadah lebih2 tu , daripada dibuang baik korang sedekahkan dekat jiran2 / masjid / kawan2 . kan lebih elok bersedekah di bulan mulia ni :)

so akhir kata : JANGAN MEMBAZIR YE KAWAN - KAWAN :)

nasi talam :p

haii semuaaa , macam mana puasa ? okay je kan ?? hahaha


ehhh , gambar ape kat atas ni ? teka teka . sape betul teka dapat ni :)

ni lah nasi talam . ape tu ?? nasi putih dengan lauk pauk yang dihidangkan dalam satu talam . macam kat atas ni , campur je semua . maksudnyaa , kena makan sekali ramai - ramai lah dalam satu talam . 4 - 6 orang . tak pelik pun kalau korang taktau n tak pernah try . uda pun baru je try petang tadi . hehe . ni lah cara kami berbuka puasa free di ump . 

eh eh , tak geli ke makan ramai2 ? act geli jugak mula2 tu , yelah tak pernah try kan ?? tapi okay je kalau makan dengan kawan2 sendiri . kan kita tahu kebersihan mereka . lagipun kalau dah lapar tu bedal jugak .

makan cara macam ni juga merupakan antara salah satu sunnah Nabi Muhammad SAW kita makan tau :)
kita juga boleh mengeratkan hubungan silaturrahim antara kita dengan kawan2 . 

so apa tunggu lagi , jom lah try makan nasi talam :) hehe 

become a better friend :)

haii semua , puasa tak ?? mestilah puasa kan ??
hari ni uda nak kongsi dengan korang macam mana nak jadi seorang kawan yang baik. eh tapi sebelum tu ape kata korang klik sini dan sini dulu . setiap manusia tidak sempurna tapi sekurang kurangnya kita boleh mencube untuk mencari kesempurnaan itu . korang mesti kadang2 ada gadoh2 dengan besties korang kan ? sakit hati ke kan ? mesti ada punye lah , tipu kalau cakap takde . jangan pandang salah orang lain je , diri kita juga kadang kala ada salahnya sebagai seorang kawan .

jadi , untuk menjadi besties yang baik kepada semua kawan2 kita , macam gambar bear comel kat bawah ni



uda ada beberapa tips yang mungkin anda semua boleh cuba praktikkan :)

1. jangan pentingkan diri sendiri . cube sesekali kita bayangkan bagaimana situasi kita jika kita berada di tempat kawan kita .

2. memulakan satu perbualan terlebih dahulu . jangan la kalau dia tak cakap dengan kita , kita pun senyap jugak . ape salahnya kalau kita yang start tegur dia dulu kan .

3. nasihat dan tegur kesilapan yang dilakukan . jangan lah garang sangat , tegur secara halus . *kawan yang baik akan sentiasa membawa kawannya ke arah kebaikan*

4. jangan batalkan plan dengan kawan kita sebab ada plan / event yang lagi best dengan kawan yang lain . jangan la buat macam tu , terasa lah hati dia nanti .

5. ambil berat tentang diri dia . mulakan langkah pertama . kurangkan sifat ego

6. tawarkan bantuan kepada kawan kita untuk membantu dia menyelesaikan kerja dia . setakat yang mampu lah . bantuan tau ? bukan buat semua kerja dia .hehe

7. jadilah seorang yang bertimbang rasa , plan aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama dan jangan lupa birthday dia . kalau bagi hadiah pun lagi bagus :)

jadi dengan tips2 di atas , anda semua boleh menjadi seorang teman yang baik kepada teman2 anda :)

follower yang ke 100 !!

haii semuaaa :) hehe , yaaaa , uda dah dapat follower ke 100 blog uda yang tak seberapa ni . alhamdulillah dalam masa tak sampai setahun , follower blog ni dah mencecah 100 bloggers .  terima kasih yang tak terhingga uda ucapkan kepada blogger2 semua . luv u alls !! hehe . excited sangat ni . dengan pencapaian ni akan menaikkan lagi semangat uda untuk terus berblog di masa akan datang . hihii


hehe , tahniah diucapkan kepada follower yang keseratusss yang sangat bertuah tu . sebagai tanda penghargaan , uda nak promote blog dia dekat entry ni

jadi jom ramai2 kita follow n melawat blog dia di sini :)
jom kita tweet2 dengan dia di sini :)
dan juga jangan lupa add dia di sini  :)


hehe :) akhir kata

SELAMAT BERPUASA :)

puasa zone :)

hai asalamualaikum kepada semua yang beragama islam . hah . dah nak puasa ni kan ?? so marilah kita sama-sama menanamkan niat dalam hati supaya taknak ponteng puasa and nak puasa penuh tahun ni . okaayyy ?? budak kecik darjah 1 pun boleh puasa penuh takkan kita tak boleh kot kann ?? buat malu je lah :p

jadi uda nak share sikit lah perkara-perkara yang membatalkan puasa agar puasa kita semua tak terbatal . korang mesti dah tau . tapi biar lah uda nak share jugak !


- Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga badan yang terbuka dengan
  sengaja, kecuali kerana darurat yang berkaitan dengan kesakitan. (Sila rujuk
  soalan 22 dan 23) Makan, minum dan merokok membatalkan puasa. Adapun
  suntikan ubatan tidak membatalkan puasa.
 - Muntah dengan sengaja
 - Mengeluarkan air mani
 - Melakukan jimak (hubungan seks) pada siang hari
 - Kedatangan haidh, nifas atau kelahiran bagi wanita
 - Menjadi gila
 - Pitam sepanjang hari
 - Mabuk (yang menghilangkan daya pemikiran waras) sepanjang hari
 - Murtad, iaitu keluar dari agama Islam


haaa , so semua mesti elakkan daripada melakukan perkara2 di atas bagi menjaga puasa korang :)

dan uda nak amik kesempatan ni jugak untuk mengucapkan




kepada semua yang beragama islam :)

GIG VAGANZA 2012

ASSALAMUALAIKUM semua :) hihi , nak story pasal GIG VAGANZA yang happening ni . ape tu ? GIG ( GET INTO GRAMMAR ) adalah satu karnival yang diadakan untuk  membantu kita membaik pulih grammar bagi student dalam cara yang menyeronokkan . program ni student UMP je kot yang buat . best  la . macam each group tu kena cipta / reka game yang ada grammar element . tak kisah lah game apa . karnival ni diadakan pada 17/7/2012 ( selasa ) yang bertempat di ASTAKA , UMP GAMBANG . best program ni , di samping kita belajar , improve grammar / english kita , dapat jugak kita have fun n mengeratkan silaturrahim dengan kawan2 kita . n aktiviti ni menyumbang 5 % untuk assesment kita . eehhhh COPPP ! bukan kita . STUDENT UMP SEM 0 SAHAJA . heheh . nak join meh la adik2 semua tanam cita2 nak masuk UMP nanti k ??

almost 70 ++ game jugak lah yang ada . semua nya dengan cara tersendiri and best gilaa . happening la .tapi uda nak story pasal group uda lah kan :)
 

hihii , ni lah ahli2 group uda . 
mira , aizat , uda n haziq ( leader )



ni pulak board group kami yang dinamakan FREESTEP group . cantik tak ? haha





atas ni pulak gambar sewaktu game dijalankan , game group kami menerapkan element past tense dimana game kami dinamakan GRAMMAR SOCCER .
main dia macam lawan bola lah , tapi bola nye takde pon , tapi setiap pemain perlu berebut untuk menjawab soalan untuk terus bergerak menuju goal masing2 . 
sape menang dapat lolipop . okaylah tuu . save budget .

bukan pelajar ump je yang join . ada jugak adik2 dari beberapa smk yang dijemput hadir untuk join GIG ni .


eehh apesal pulak gambar nasi lemak dah habis ni ?? tak , nak bagitau yang makan pagi , tengah hari n petang kami ditaja . so tak keluar duit pon . hihiiii . save budget lagi .




 atas ni pulak gambar aweks2 classmate uda yang cun meletopp ! ada lagi . tapi entah di mana mereka semua . hihii

hurrmmm . tapi agak frust jugak la sebab group FREESTEP tak menang apa2 kategori pon . tapi takpelah , at least kami dah cuba aa yang termampu n terbaik :)