Selamat Membaca :)

cheer hang out :)

hai assalamualaikum n selamat sejahtera semua . entry kali ni uda nak cerita cerita dengan korang pengalaman uda hang out dengan rakan - rakan baru di UMP :) trip kami ni 2 bilik tau , so total 8 orang . 1stly kitaorang plan nak pergi berbuka puasa dekat padang MPK , KUANTAN . yelahh kan ramai bersesak sesak berbuka situ . nak try lah kan dengan kawan2 .

so apa lagi kami sewa kereta dah terus menuju kesana ;p
sampai2 ya rabbi parking jangan katelah memang susah lah kan , kebetulan kami tiba lewat . last2 dapat jugak parking then ronda2 dekat bazar mencari cari juadah berbuka. n cari port dekat tengah padang untuk berbuka.



ni je laa juadah kami berbuka , nasi kukus + bubur lambuk + kek batik + kuih cara + air kelapa + soya + tembikai . serba sederhana . yelahh tak baik membazir kan :p

MAKAN MAKAN MAKAN !



sape nak ayam ?? nahhhh , bukak mulut . haha 


ni pulak photo roommate uda . cantik kan mereka :) NISA , IDA , QILA
waktu ni roommate sebelah iaitu ARI , DIELA , CHEPA , ILI tak tahu kemana dah . terpisah :'( last2 kami bertemu di masjid sewaktu menunaikan sembahyang maghrib .

selepas tu kami bergerak ke TC ( teluk cempedak ) punya lah taknak balik lagi . sebenarnya nak menghabiskan masa waktu sewa kereta roommate sebelah . 





















inilah antara gambar - gambar kami sewaktu melepak lepak di TC . haha . takde keje betul kan ? 

* MAAF GAMBAR KABUR DAN TIDAK SESUAI UNTUK DIPERTONTONKAN . malas nak edit :) hehe

pastu dah bosan ingat kan nak pergi cau tempat lain . tetiba tanpa dijangka seperti MALANG TIDAK BERBAU kereta mereka kehabisan bateri akibat lupa tutup lampu :-/ nasib baik kami tidak cuai . fikir punya fikir call semua orang nak pinjam jumper . ada yang respon ada yang tidak . orang yang lalu lalang seperti tak nampak apa2 pun . bagus kan ?? akhirnya datang sekumpulan uncle2 chinese yang baik hati untuk membantu kami menolak dan start kereta . nak harapkan si gadis2 seperti kami ni memang tak boleh harap lah kan . 





begini lah situasi nya :) macam tak cuak pun semua , lagi kecoh gelak2 ada . 
lepas dah boleh start tu , ape lagi , terus menuju balik ke UMP lah :)

ape ape pun seronok hang out dengan korang :)


MORAL OF THE STORY 
 - jangan keluar malam bagi kawan2 perempuan uda semua ok . tak elok dan susah apabila ditimpa musibah
 - pastikan ada ilmu sedikit tentang kereta apabila memandu atau menaiki kenderaan.
 - jangan melantak banyak sangat sewaktu berbuka puasa.
 - jangan lupa untuk menunaikan tanggungjawab anda kepada ALLAH SWT walaupun sedang bersenang senang dengan kawan2 .

4 comments:

  1. alaaaaaah ada penghadang pinggul kuuuu >,<

    ReplyDelete
  2. takpe . makin memberi seri terhadap gambar . haha

    ReplyDelete
  3. waaaa.... beshnya korang~~~ dapat jugak berbuka kat padang... impian aku x tercapai lagi~

    ReplyDelete
  4. takpe fiqah , puasa masih lama :)

    ReplyDelete