Selamat Membaca :)

Vitamin C + Udang = NO !!

                                         

Assalamualaikum, salam tengah hari. Puasa tak hari ni ? mesti lah kan ? Puasa tau, jangan tak puasa. Tapi dalam dalam kita berpuasa, sembahyang jangan tinggal. bak kata ayah uda

"Sembahyang dengan puasa mana dulu dalam rukun Islam?"

so maknanya apa ? sia sia je kita puasa kalau tak sembahyang kerana sembahyang itu lebih utama.

 

hah, kenal tak haiwan ape kat atas ni ? takkan la tak kenal, semua orang pasti kenal udang kan ? sedap kan ? nak nak kalau masak udang sambal petai ke, udang masak merah ke, gulai udang ke, goreng saja pun dah sedap kan ? 

Nak cerita sikit fakta fakta pasal udang,

  • Udang ni telah di cap sebagai makanan laut yang mengandungi tahap kolestrol yang tinggi. Bagaimanapun udang tidak meningkatkan kadar kolestrol badan secara keseluruhan.
  •  Udang juga kaya dengan khasiat Omega 3, Vitamin B12 dan juga niancin, selain bahan galian seperti zink, zat besi dan juga tembaga.
  • Dapat mencegah kanser.
  • Meningkatkan tenaga.
  • Menjaga kesihatan kulit, rambut serta kuku.
  • Menstabilkan kadar gula dalam darah
  • Menguatkan tulang.


dan di atas ni pula gambar buah orange kan ? dan seperti kita sedia maklum, orange sangat terkenal dengan sejenis buahan yang sungguh kaya dengan kandungan Vitamin C.

Antara kebaikan Vitamin C adalah dapat membantu kita 
  • menghilangkan oarut jerawat
  • melicinkan kulit
  • mengatasi masalah kulit
  • melembapkan kulit
  • mengatasi masalah resdung
dan senang cerita baik untuk kulit lah. Tapi di zaman moden sekarang ni semua dah mudah. Tak payah nak kupas orange ni untuk ambil Vitamin C. Pergi je mana mana Farmasi mesti ada jual Vitamin C ni dalam bentuk kapsul ke, cecair ke. mudah kan ?

Tapi baru baru ni uda baru tahu yang Vitamin C ni takboleh di ambil pada waktu yang sama kita makan udang. Uda pun consume jugak Vitamin C ni and tak tahu pun tentang fakta ni. Selama ni main bahan je. Alhamdulillah tak jadi apa apa.

Udang + Vitamin C = Racun Arsenik 

Racun Arsenik tu boleh bawak maut tau. So berhati hati lah kawan kawan semua ye. Kalau makan udang tu, ambil gap lama sikit lah untuk ambil Vitamin C pulak. Jangan pulak berani cuba cuba nak test or nak buat eksperimen pulak ok. Cegah lah sebelum terlambat :)



                                                                                                                                      

Entry baru setelah hampir setahun tinggalkan blog :)

Assalamualaikum dan hai kepada readers readers mahupun bloggers bloggers sekalian. hahhaha rasa janggal pulak menaip dekat sini, lama gila dah kut uda meninggalkan blog ni. dah berhabuk bersawang dah. nak edit blog pun dah lupa. seriously. yelahh dah hampir setahun kot meninggalkan dunia blog tercinta ni , last entry pada bulan 9 tahun 2012. lama kan ?

So sekarang nak cerita lah serba sedikit tentang perkembangan diri uda.

Uda sekarang tengah ambil Diploma Kejuruteraan Awam atau dalam bahasa omputihnya Diploma in Civil Engineering dekat Universiti Malaysia Pahang.



Tahu tak UMP ? Pernah dengar tak ? Bagi yang tak tahu, UMP ni ada 2 kampus tau, dekat Pekan, pahang satu and dekat Gambang Kuantan Pahang satu. Uda punya kampus dekat Gambang Kuantan, sebab fakulti civil ni dekat sini . Alhamdulillah bulan 9 akan datang ni dah masuk sem 3 dan bergelar pelajar tahun 2 lah. pointer sem 1 n sem 2 ? hahahah takpayah tanya lah tak hebat mana pun.
 
Batch civil uda untuk kemasukan 2012/2013 ni sikit je. ye lah total budak diploma civil batch uda dalam 40 orang je. sikit kan ? 

haa ni gegirl nye, yang tudung merah di tengah tengah tu uda laa

ini pulak sang hero nyaaa

masa ni time kelas project management lecturer suruh pakai formal sebab dia nak ambil gambar, biasanya kalau pergi kelas takdenye pakai formal sangat macam ni. kadang2 je . UMP ni takde la ketat sangat, bergantung pada lecturer je.

setakat ni hidup uda dekat ump agak best laa apa bila dikurniakan kawan2 yang gila gila. hahahahha awal awal masuk dulu tak rapat pun dengan diorang semua ni , lama lama baru berkawan baik. kemana mana pasti bersama



ni laa antara kawan kawan rapat uda dekat ump, tapi dengan yang lain pun baik jugak. semua baik, tapi kami ber enam ni la selalu bersama sama. macam macam kenangan manis dan pahit gembira suka duka tawa nangis yang kami dah tempuh sama sama. nak kenal diorang ? nanti akan datang uda buat entry cerita pasal diorang k.

nak cerita pasal kehidupan dekat UMP ni, best gila, U lain take kot macam ni. ntah laa bagi uda peraturan dia tak ketat langsung. Pak Guard macam tak buat keje je. pintu pagar berkunci pun macam tak kunci je. hahaha tapi seronok laa. seronok sangat 

Lecturer pun baik2 best2 belaka. kawan2 pun banyak yang membantu and sporting2 belaka. Senior2 pun sangat baik dan tak sombong. Nak promote adik2 supaya masuk UMP dah terlambat dah. tunggu kemasukan tahun depan pulak lah yee. Tapi seriously UMP best gila :)