Selamat Membaca :)

Pentingnya result SPM !!


Okay Hai !! lama gila tak buka blog ni sebab busy kot. busy ape pun taktahu lah. hehehe so datang ni nak sapu sawang sikit lah dekat blog ni. Actually baru lepas baca tips nak diet dekat blog Hanis Zalikha pastu tiba-tiba rasa rindu nak type entry.


So, terus terlintas di fikiran nak share my opinion tentang pentingnya result SPM.





okay ramai yang cakap

"relax la, spm je pun, tak semestinya hidup kau gagal dah"
"berjaya spm tak semestinya kau berjaya dalam hidup"
"straight A SPM tapi masuk Uni hancur berlambak paper kena repeat"
"spm tak excellent tp kaya dah mamat tu aku tengok"
"gagal akademik takpe asalkan nanti kau rajin usaha untuk berjaya dalam hidup"


okay fine, pandangan orang lain-lain and aku tak menafikan pendapat-pendapat seperti di atas tu tapi aku nak tambah sikit lah pendapat aku tentang SPM dan implikasinyaaa :)


SPM yang membawa kau ke arah bidang yang kau minat

k aku bagi contoh eh, ni jadi kat member jiran sebelah rumah aku. Dia kan nak sangat jadi orang-orang yang bekerja dalam bidang penerbangan ni contoh pilot, engineer kapal terbang or apa apa lah yang melibatkan kapal terbang except stewardess lah. Dia memang excellent student, UPSR , PMR staight A's so dia menaruh harapan yang tinggi lah nak belajar bidang yang dia suka tu. As we all know nak masuk bidang yang dia minat tu bukan senang, result kena gempak, bak kata kenalan aku "kena jadi terlebih cerdik". Dia sebelum dapat result dah isi UPU dah mintak asasi engineering, mekanikal n so on lah. pastu tup tup keluar result SPM dapat -------tet------- A je (bilangan A dirahsiakan). tapi mengecewakan lah, dah dia terpaksa tukar mintak course lain sebab takut tak dapat pulak nanti kan. nak masuk swasta memang tak mampu.



ini satu lagi kisah dimana si dia ni minat nak jadi cikgu. Dia punya preparation for SPM ni memang terbaik la tuisyen pergi, study siang malam, solat mengaji tak tinggal tup tup result -----tet----- (result dirahsiakan juga) tp agak mengecewakan dan tak capai target. Dia kan nak jadi cikgu so nak try apply IPG pastu takboleh nak apply sebab at least perlu 5-7 A's. lepas tu usha usha lah UPU tengok course mana berkenan, dah jadi tak tentu hala dah nak jadi apa. agaknya ada lah dia selit UPSI kot dalam pilihan dia tu




okay so pengajarannya kat sini, RESULT SPM KORANG TU YANG AKAN MEMBAWA KORANG KE ARAH BIDANG APA YANG KORANG NAK. contoh macam tadi lah. okay cuba korang bayangkan kan, SPM korang gempak gila straight A kot, then korang boleh apply mana mana yang korang suka and course apa yang korang nak. simple kan ? kalau result kurang memberangsangkan, maybe apa yang korang minat tu korang tak layak mohon and terpaksa lah berlajar benda yang bukan dari hati.


but it also depends on rezeki, rezeki orang mana kita tahu kan?mane tahu ada rezeki kita. but kita perlu berusaha untuk mendapatkan apa yang kita mahu.

dua kisah diatas dikongsikan untuk dijadikan iktibar pada kita semua. mana mana pihak please jangan terasa hati okay ? chill

so nasihat akak kepada adik-adik yang belum menduduki SPM tu, belajar lah rajin-rajin dapatkan result gempak semampu yang boleh dan banggakan ibu bapa.






                                                                                                                                      

No comments:

Post a Comment