Selamat Membaca :)

Entry baru setelah hampir setahun tinggalkan blog :)

Assalamualaikum dan hai kepada readers readers mahupun bloggers bloggers sekalian. hahhaha rasa janggal pulak menaip dekat sini, lama gila dah kut uda meninggalkan blog ni. dah berhabuk bersawang dah. nak edit blog pun dah lupa. seriously. yelahh dah hampir setahun kot meninggalkan dunia blog tercinta ni , last entry pada bulan 9 tahun 2012. lama kan ?

So sekarang nak cerita lah serba sedikit tentang perkembangan diri uda.

Uda sekarang tengah ambil Diploma Kejuruteraan Awam atau dalam bahasa omputihnya Diploma in Civil Engineering dekat Universiti Malaysia Pahang.



Tahu tak UMP ? Pernah dengar tak ? Bagi yang tak tahu, UMP ni ada 2 kampus tau, dekat Pekan, pahang satu and dekat Gambang Kuantan Pahang satu. Uda punya kampus dekat Gambang Kuantan, sebab fakulti civil ni dekat sini . Alhamdulillah bulan 9 akan datang ni dah masuk sem 3 dan bergelar pelajar tahun 2 lah. pointer sem 1 n sem 2 ? hahahah takpayah tanya lah tak hebat mana pun.
 
Batch civil uda untuk kemasukan 2012/2013 ni sikit je. ye lah total budak diploma civil batch uda dalam 40 orang je. sikit kan ? 

haa ni gegirl nye, yang tudung merah di tengah tengah tu uda laa

ini pulak sang hero nyaaa

masa ni time kelas project management lecturer suruh pakai formal sebab dia nak ambil gambar, biasanya kalau pergi kelas takdenye pakai formal sangat macam ni. kadang2 je . UMP ni takde la ketat sangat, bergantung pada lecturer je.

setakat ni hidup uda dekat ump agak best laa apa bila dikurniakan kawan2 yang gila gila. hahahahha awal awal masuk dulu tak rapat pun dengan diorang semua ni , lama lama baru berkawan baik. kemana mana pasti bersama



ni laa antara kawan kawan rapat uda dekat ump, tapi dengan yang lain pun baik jugak. semua baik, tapi kami ber enam ni la selalu bersama sama. macam macam kenangan manis dan pahit gembira suka duka tawa nangis yang kami dah tempuh sama sama. nak kenal diorang ? nanti akan datang uda buat entry cerita pasal diorang k.

nak cerita pasal kehidupan dekat UMP ni, best gila, U lain take kot macam ni. ntah laa bagi uda peraturan dia tak ketat langsung. Pak Guard macam tak buat keje je. pintu pagar berkunci pun macam tak kunci je. hahaha tapi seronok laa. seronok sangat 

Lecturer pun baik2 best2 belaka. kawan2 pun banyak yang membantu and sporting2 belaka. Senior2 pun sangat baik dan tak sombong. Nak promote adik2 supaya masuk UMP dah terlambat dah. tunggu kemasukan tahun depan pulak lah yee. Tapi seriously UMP best gila :)

1 comment:

  1. macam mana pembelajaran kat sana ? ada tak ambik diploma kejap je pastu sambung degree terus ?

    ReplyDelete