hari ni uda nak kongsi dengan korang macam mana nak jadi seorang kawan yang baik. eh tapi sebelum tu ape kata korang klik sini dan sini dulu . setiap manusia tidak sempurna tapi sekurang kurangnya kita boleh mencube untuk mencari kesempurnaan itu . korang mesti kadang2 ada gadoh2 dengan besties korang kan ? sakit hati ke kan ? mesti ada punye lah , tipu kalau cakap takde . jangan pandang salah orang lain je , diri kita juga kadang kala ada salahnya sebagai seorang kawan .
jadi , untuk menjadi besties yang baik kepada semua kawan2 kita , macam gambar bear comel kat bawah ni
uda ada beberapa tips yang mungkin anda semua boleh cuba praktikkan :)
1. jangan pentingkan diri sendiri . cube sesekali kita bayangkan bagaimana situasi kita jika kita berada di tempat kawan kita .
2. memulakan satu perbualan terlebih dahulu . jangan la kalau dia tak cakap dengan kita , kita pun senyap jugak . ape salahnya kalau kita yang start tegur dia dulu kan .
3. nasihat dan tegur kesilapan yang dilakukan . jangan lah garang sangat , tegur secara halus . *kawan yang baik akan sentiasa membawa kawannya ke arah kebaikan*
4. jangan batalkan plan dengan kawan kita sebab ada plan / event yang lagi best dengan kawan yang lain . jangan la buat macam tu , terasa lah hati dia nanti .
5. ambil berat tentang diri dia . mulakan langkah pertama . kurangkan sifat ego
6. tawarkan bantuan kepada kawan kita untuk membantu dia menyelesaikan kerja dia . setakat yang mampu lah . bantuan tau ? bukan buat semua kerja dia .hehe
7. jadilah seorang yang bertimbang rasa , plan aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama dan jangan lupa birthday dia . kalau bagi hadiah pun lagi bagus :)
jadi dengan tips2 di atas , anda semua boleh menjadi seorang teman yang baik kepada teman2 anda :)
Nice Blog and Skin template. Creative.
ReplyDeleteRoby